M-C-M: Utopia milik siapa? by Boon Kia Meng

28 Jan 2013 | 48,033 views

Pengarah: Boon Kia Meng
Penerbit: KOMAS
Tahun: 2012

Satu sesi forum Google Hangout (yang boleh ditonton melalui YouTube) akan diadakan pada Jumaat 1 Febuari 2013 pukul 9.00 malam dimana pengarah Boon Kia Meng akan bersama tetamu lain antaranya YB Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sg. Siput) untuk membincangkan isu-isu di dalam filem tersebut.

Soalan-soalan untuk sesi forum ini akan diambil daripada kiriman melalui Twitter (@freedomfilmfest), Facebook (www.facebook.com/freedomfilmfest), dan email ([email protected]).

Latar belakang:

Di ambang Pilihanraya Umum ke-13, rakyat biasa berdepan dengan sebuah realiti yang cukup mencabar: ekonomi dunia yang semakin bergelora dan di tanahair pula, kos sara hidup dan keperluan asas yang terus meruncing.
 
Sebuah arus sedang bergolak dalam masyarakat kita. Kini kita mempunyai antara rakyat yang paling banyak berhutang di dunia dan jurang kekayaan terbesar di Asia Tenggara. Anak muda berumur 20an dan 30an bakal menjadi sebuah Generasi Homeless, yang mungkin terus bertualang tanpa mampu memiliki sebuah rumah. Tidak cukup dengan itu, taraf gaji mereka pula telah dikekal rendah hingga memaksa ramai untuk mengambil hutang yang tinggi - lebih-lebih lagi jika ada yang terus kental mahukan sebuah rumah.
 
Filem ini membawa penonton ke dalam sebuah perjalanan untuk menyingkap bagaimana situasi ini wujud dan mengenali industri perumahan dengan menemuramah pihak-pihak utama seperti pemaju pembangunan, bank, kerajaan dan juga para pembeli. Kisah ini bermula dengan seorang protagonis yang sedang mencari sebuah rumah yang kemudiannya mula menyedari pencariannya itu membawa kepada sebuah persoalan yang lebih mendalam: "Siapakah yang memiliki Malaysia ini?".
 
Diceritakan seakan sebuah meditasi, filem ini tapi juga sarat dengan analisis ekonomi untuk memberi gambaran yang jelas kepada penonton.
 
English Synopsis:
 
In an interview with TimeOut KL, the director, Boon Kia Meng explained the background of why the film was made: "It was inspired by what I saw in 2011, from the Arab Spring to the Occupy Wall Street movement in the United States. I saw that most of these uprisings stemmed from economic issues and the crisis that capitalism is facing in the West. I began to ask the question, 'Why are we (Malaysians) not outraged, given that we practice the same capitalistic system here? Some quarters are warning that if we're not careful, Malaysia could be a prime target for a perfect economic storm in 2013. That's according to NYU economics professor, Nouriel Roubini, in a recent report.'
 
The filmmaker takes us on a journey to discover how the present situation of escalating house prices came about, what kind of forces are at work, interviewing the key players in the system, such as developers, the banks, the state and young house buyers, which some concerned parties have called the Malaysian Homeless Generation.
 
An award-winning film on affordable housing, rising debt, and why democracy matters to the economic well-being of all Malaysians.
 
A Google Hangout (viewed live on Youtube.com) will be conducted on Friday, 1st February 2013 at 9pm with director Boon Kia Meng, Dr. Jeyakumar Devaraj (MP for Sungai Siput) and other invited guests to discuss issues raised in the film. 
 
Questions will be collected throughout the week via Twitter (@freedomfilmfest), Facebook (www.facebook.com/freedomfilmfest) and email ([email protected]).


0
latest