Penduduk desak roboh kuil dalam perumahan

18 Dec 2012 | 2,249 views

Seramai 756 penduduk di Taman Seroja Salak Tinggi mendesak seorang tuan rumah di kawasan perumahan berkenaan supaya tidak membina kuil yang terlalu besar dilaman hadapan rumah,kerana dikuatiri akan menganggu penduduk setempat yang majoritinya adalah beragama Islam,
Kamarulzaman Mat Zain selaku wakil Persatuan Penduduk Taman Seroja mendesak agar pihak tuan rumah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak majlis pembandaran yang dimana sebelum ini kuil berkenaan tidak diluluskan untuk dibesarkan dan majlis pembandaran telah meroboh kuil berkenaan.
Satu memorandum telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah pembinaan kuil berkenaan.
Camera/Editing: Fendi Zulkfley
Story:http://www.malaysiakini.com/news/216907

0
latest