Solidariti Hijau: Lynas perlu dedah 4 dokumen

13 Dec 2012 | 1,394 views

Sekumpulan aktivis mewakili 80 NGO hari ini mendesak Lynas Corporation mendedahkan pelan untuk menukar sisa buangannya kepada produk selamat yang didakwa untuk dieksport ke luar negara.

Gabungan NGO dikenali dengan nama Solidariti Hijau itu menyatakan Lynas perlu mendedahkan perkara itu, termasuk tiga lagi dokumen, demi "memulihkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti agensi dan kredibiliti agensi dan kementerian yang terlibat".

Solidariti Hijau menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed menghentikan atau membekukan lesen operasi sementara (TOL) Lynas sekiranya perkara itu tidak dipenuhi.

http://www.malaysiakini.com/news/216559


0
latest