Kerusi P . Ramlee: P . Ramlee hak milik kita

23 Oct 2012 | 1,102 views

Pelancaran Kerusi P.Ramlee telah berlangsung pada 18 oktober 2012 di dewan orkestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 juta bagi melahirkan lebih ramai tokoh seni persembahan melalui penubuhan "Kerusi P.Ramlee" yang diharap dapat menggantikan seniman agung kita itu.

Kerusi P.Ramlee akan kendalian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kewujudan pengajian ini adalah untuk mencari dan mengasah bakat generasi muda melalui pembelajaran dalam bidang pengarahan filem, lakonan, gubahan lagu dan kesenian yang lain yang juga merupakan kekuatan seniman agung kita P.Ramlee.

Oleh itu wartawan kami telah menemubual para pengiat seni bagi mendapatkan respon mereka terhadap pelancaran Kerusi P.Rmlee ini.


0
latest