Peluang pekerjaan untuk anak jati Johor

16 Sep 2012 | 255 views

Tibanye Legoland di bumi Johor, datang lah peluang pekerjaan untuk anak jati Johor ...

 



Pembukaan Legoland, Taman Tema baru di wilayah Iskandar, Nusajaya Johor pada 15 September ini bukan sahaja sebagai satu lagi tarikan pelancong di negara ini, tetapi juga mewujudkan pelbagai peluang untuk rakyat sekitar wilayah itu.

Legoland membuka peluang baru untuk anak muda menceburi bidang yang sebelum ini terlalu asing di negara ini sebagai pembina model Lego.

Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst menyifatkan tenaga kerja tempatan mempunyai daya imaginasi dan kreativiti setaraf pembina model lego professional antarabangsa.

Menurut Boerst setakat ini 32 pembina model lego tempatan menjadi tunggak tama tema ini dan pihaknya bercadang menambah antara 10 dan 15 pembina model lagi.

Katanya semua pembina model melalui proses pemilihan terpenci dan diberkan latihan kemahiran secara professional.


0
latest