NGO serah memorandum

8 Sep 2012 | 3,069 views

Sekumpulan NGO hari ini menyalahkan pihak polis berhubung insiden seorang pelajar kolej swasta menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Wakil NGO daripada Gabungan Hak Kebajikan Rakyat (POWER), S Gobi Krishnan berkata, pelajar itu bertindak sedemikian disebabkan tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa apabila gambar beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dipijak sebelum ini.

"Kami merasakan pelajar itu berbuat begitu sebab sebelum ini, jika mana-mana gambar pemimpin Pakatan yang dipijak tidak diambil tindakan, jadi dia fikir yang dia pun boleh buat juga. Sebab tidak akan ada apa-apa tindakan yang diambil," kata Gobi kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada pihak polis di Bukit Aman hari ini.


0
latest