NUBE buat laporan terhadap Bank Muamalat

19 Jul 2012 | 1,426 views

 

Timbalan Presiden NUBE, Mohamad Dauzkaply Nor dan anggota exco NUBE telah membuat laporan terhadap Bank Muamalat (BMMB) berikutan sikap diskriminasi BMMB yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang sepatutnya diamalkan oleh bank tersebut. Dauzkaply juga menyatakan bahawa sikap pemberian imbuhan kepada golongan kakitangan pengurusan dan eksekutif BMMB dan mengabaikan kakitangan bukan eksekutif adalah diskriminasi yang tidak mencerminkan organisasi yang berlandaskan Sistem Perbankan Islam. Berikutan ini, NUBE telah menfailkan aduan di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia (BNM) pada tengahari tadi. Mereka juga mahu BNM untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Timbalan Presiden NUBE, Mohamad Dauzkaply Nor dan anggota exco NUBE telah membuat laporan terhadap Bank Muamalat (BMMB) berikutan sikap diskriminasi BMMB yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang sepatutnya diamalkan oleh bank tersebut.

Dauzkaply juga menyatakan bahawa sikap pemberian imbuhan kepada golongan kakitangan pengurusan dan eksekutif BMMB dan mengabaikan kakitangan bukan eksekutif adalah diskriminasi yang tidak mencerminkan organisasi yang berlandaskan Sistem Perbankan Islam.

Berikutan ini, NUBE telah menfailkan aduan di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia (BNM) pada tengahari tadi. Mereka juga mahu BNM untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

 


0
latest